Saturday, September 12, 2009

Catatan sepanjang menyiapkan Hubungan Etnik

Tajuk tugasan kumpulan kami 'Adat istiadat perkahwinan Orang Asli suku Mahmeri' Pulau Carey.

Apabila dengar aje ada pameran perkahwinan Malaysia kat Mid Valley pada 9 Ogos 2009, saya pun ajaklah anak bujang tolong temankan ke sana. Sampai kat Mid Valley tu rupanya yang ada hanyalah promosi perkawinan iaitu pakej perkahwinan yang macam mana nak dipilih. Aduh kecewanya saya, penat-penat gi tak dapat apa-apa. Lepas tu bertentangan dengan dewan pameran perkahwinan tu ada pula pameran tentang Orang Asli. Apa lagi saya pun cuba nasib masuklah ke pameran 'Karnival Usahawan dan Kebudayaan Orang Asli'. Manalah tahu kut-kut ada adat perkahwinan orang asli. Apabila masuk je ke
sana, saya pun pusing-pusinglah nengok apa yang ada, tapi hampa belaka yang ada hanyalah kraf orang asli dan juga produk dari daerah-daerah seluruh Malaysia je. Namapun Karnival usahawan dan kebudayaan orang asli, itu je lah yang ada. Saya tak puas hati lagi terus je pergi tempat bertanya kat JHEOA. Pegawai yang ada di situ meminta saya membawa surat dari Universiti jika ingin mengambil apa-apa maklumat tent
ang perkahwinan orang asli. Kata pegawai di situ ada malkumat yang tidak boleh diberi sewenang-wenangnya kepada orang ramai. Dengan bermacam-macam perasaan saya pun pulang.

Kebetulan keesokan harinya malam ada kelas Hubungan Etnik, jadi saya pun beritahu pada pensyarah bahawa pegawai JHEOA memerlukan surat dari 'U' untuk maklumat yang kami perlukan untuk tugasan kami. Dipendekkan cerita tak lama kemudian kami pun dapat lah surat tu. Saya bersama kumpulan berbincanglah tarikh yang sesuai untuk ke pejabat JHEOA. Tibalah masa yang dijanjikan kamipun berangkatlah ke tempat tujuan. Dari
KL Sentral kami naik teksi, malangnya pemandu teksi pun tak tau tempat tu dia cuma tahu jalannya aje. Puas juga mencari akhirnya jumpa.
Sesampainya kami di pejabat tu kami terus berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. Namanya Pn Asma Zakiah. Menurut beliau, tiada apa yang dapat diberikan olehnya di pejabat. Maklumat kami boleh dapati di Muzium orang asli di Gombak. Di pejabat kami diberi pula surat kebenaran untuk membuat kajian di Muzium orang asli, perpustakaan orang asli dan di Pulau Carey. Oleh kerana hari masih awal, kamipun bercadang untuk ke Muzium ora
ng asli, tapi malang lagi nasib kami sebab pada hari Jumaat tu kebetulan Muzium orang asli tutup. Aduh, lebai malang! Kebetulan pula bulan puasa maka bertambahlah lagi penatnya kami. Kami pun pulang kehampaan. Tapi kami tak berputus asa juga. Kami berbincang lagi tarikh untuk ke Muzium Orang Asli pulak. Masing-masing tak berapa tahu jalan ke sana, dan tempatnya pula boleh tahan jauh juga tu, maka kami mengambil keputusan untuk ke sana dengan keluarga masing-masing.
Tiba hari yang dijanjikan iaitu pada 4 September 2009, awal-awal pagi lagi kami pun berangkatlah dengan keluarga masing-masing ke sana berpandukan 'sign board' yang ada di tepi jalan. Akhirnya kami pun sampai pada masa yang dijanjikan. Kami pun mula menjalankan kajian kami, mengambil gambar dalam
muzium tu padahal dilarang mengambil gambar. Pengawal muzium tu datang pada kami meminta surat kebenaran... Barulah kami terkial-kial, nasib baik surat yang diberi oleh pejabat JHEOA kami ada bawa cuma tertinggal dalam kereta je. Bergegas kawan kami si Zuraini ke kereta mengambil surat tu. Alhamdulillah, kami dibenarkan mengambil gambar maklumat yang di perlukan setelah pengawal melihat surat kebenaran tu. Setelah selesai tugasan kat muzium tu kami pun cuba pulak nak ke Perpustakaan Orang Asli yang terletak berhadapan dengan bangunan muzium tu. Tapi malang lagi bagi kami kerana muzium yang sepatutnya dibuka pada hari itu, ditutup kerana pegawai yang bertugas bercuti. Pulak dah! Jadi maklumat yang kami dapat di muzium terhad. Setelah berbincang dengan kawan-kawan kami pun membuat keputusan untuk pulang, cukuplah apa yang kami dapat kami akan cuba sama-sama menyiapkan tugasan kami. Atas kerjasama yang padu dari kumpulan kami, akhirnya tugasan kami pun siap walaupun tidaklah sem
purna sangat tapi kami berpuas hati kerana usaha titik peluh kami sendiri.

Terima kasih kawan-kawan sekumpulan ( Nafisah, Nurliza, Suhaini dan Zuraini )kerana masing-masing berkorban dan bekerja keras untuk sama-sama menyiapkan
tugasan kita, Syabas!

1 comment:

  1. Kagum! Inilah sikap yang patut semua orang belajar. Tugasan anda pasti menarik. Saya tidak bersabar-sabar dengan perbentangan anda semua.

    ReplyDelete