Thursday, October 15, 2009

Terima Kasih Dr

Pengalaman saya belajar IT dengan Drnormaliza.

Saya ni bab komputer ni asas je tahu setakat menaip surat, powerpoint, exel, dan lain-lain lagi tu boleh le sebab dulu ada juga ikut kursus KDP 14 minggu kat MPI, Bangi. Tapi dan lain-lain lagi tu dah lupa dah sebab lama tak digunakan. Yang ingat yang asas aje. Setelah dapat masuk U ni kena pula belajar ngan Dr.Normaliza rasanya banyak yang saya dapat. Antaranya dulu tak kenal facebook tapi sekarang dah ada facebook sendiri, ada blog peribadi, belajar buat web guna frontpage sampaikan anak bujang gue yang belajar IT kat UniKL pun belum cuba lagi. Bila gue tunjuk kat dia cara yang gue belajar kat Dr tu baru dia tahu. Kiranya berguna juga gue belajar ngan dr. ni siap boleh ajar orang lagi.

Pengalaman yang tak dapat gue lupakan semasa belajar ngan dr ni ialah kena siapkan tugasan kat kelas sampai jam dua pagi!. Uhhh bagai nak gila suami gue talipon takut gue eksiden ke, kena colek ke, keta rosak tengah jalan ke. Tapi alhamdulillah selamat gak gue sampai rumah malam tu. Nasib baik lah rumah gue dekat je ngan U 15minit dah sampai, yang kesiannya kengkawan gue yang jauh tu. Tapi tak pe walaupun kami didera macam tu kami tetap berterima kasih ngan Dr sebab kami dapat banyak ilmu.Terima kasih Dr!.

Bermacam-macam pahit manis kami tempuhi semasa belajar ni, kami juga diajar bagaimana nak ambil gambar berbagai-bagai teknik. Dr. ni walaupun dia ni kuat membebel, cerewet tapi yang manis nya dan best sekali dia ni pemurah markah. Ishhh cayang dr. Bak kata orang tua-tua, marah-marah kerana sayang. Dengan ketegasan Dr lah kami jadi mahir menggunakan banyak aplikasi dalam komputer. Masa nak siapkan tugasan individu pulak gue dapat banyak ilmu sebab gue gi Perpustakaan Negara pinjam banyak buku mengenai komputer. Sebeban buku gue bawak balik guna IC anak-anak gue. Ha ambik kau! Semua buku tu gue baca nak cari maklumat berkenaan tajuk tugasan gue termasuk buku-buku Inggeris juga suruh member terjemahkan mana-mana yang gue tak faham.

Tapi yang lucunya semasa jawab periksa akhir selasa lalu, gue rasa merapu tah apa-apa gue jawab. Ni mesti Dr sumpah seranah gue ni. tah apa-apa budak ni dok merapu jawab. Maaf Dr!. Malam ni dah akhir periksa subjek kesusasteraan, besok pagi Jumaat 16 Okt gue terus ikut bebudak tahun 6 gi lawatan ke Terengganu selama tiga hari nak hilangkan tension lah katakan. Lega rasanya dapat cuti selama 2 minggu pas tu kena daftar balik untuk semester baru. Duit lagi, lepas tu bermulalah pula sejarah semester yang lepas-lepas bebanan tugasan dan macam-macam lagi. Tapi Dr apa-apa pun Terima Kasih Dr.

Blog page yg kedua

Kepada Dr normaliza, ni satu lagi alamat blog saye yg kedua..

kat sni ade lg sebahagian post saya.

Saturday, September 12, 2009

Catatan sepanjang menyiapkan Hubungan Etnik

Tajuk tugasan kumpulan kami 'Adat istiadat perkahwinan Orang Asli suku Mahmeri' Pulau Carey.

Apabila dengar aje ada pameran perkahwinan Malaysia kat Mid Valley pada 9 Ogos 2009, saya pun ajaklah anak bujang tolong temankan ke sana. Sampai kat Mid Valley tu rupanya yang ada hanyalah promosi perkawinan iaitu pakej perkahwinan yang macam mana nak dipilih. Aduh kecewanya saya, penat-penat gi tak dapat apa-apa. Lepas tu bertentangan dengan dewan pameran perkahwinan tu ada pula pameran tentang Orang Asli. Apa lagi saya pun cuba nasib masuklah ke pameran 'Karnival Usahawan dan Kebudayaan Orang Asli'. Manalah tahu kut-kut ada adat perkahwinan orang asli. Apabila masuk je ke
sana, saya pun pusing-pusinglah nengok apa yang ada, tapi hampa belaka yang ada hanyalah kraf orang asli dan juga produk dari daerah-daerah seluruh Malaysia je. Namapun Karnival usahawan dan kebudayaan orang asli, itu je lah yang ada. Saya tak puas hati lagi terus je pergi tempat bertanya kat JHEOA. Pegawai yang ada di situ meminta saya membawa surat dari Universiti jika ingin mengambil apa-apa maklumat tent
ang perkahwinan orang asli. Kata pegawai di situ ada malkumat yang tidak boleh diberi sewenang-wenangnya kepada orang ramai. Dengan bermacam-macam perasaan saya pun pulang.

Kebetulan keesokan harinya malam ada kelas Hubungan Etnik, jadi saya pun beritahu pada pensyarah bahawa pegawai JHEOA memerlukan surat dari 'U' untuk maklumat yang kami perlukan untuk tugasan kami. Dipendekkan cerita tak lama kemudian kami pun dapat lah surat tu. Saya bersama kumpulan berbincanglah tarikh yang sesuai untuk ke pejabat JHEOA. Tibalah masa yang dijanjikan kamipun berangkatlah ke tempat tujuan. Dari
KL Sentral kami naik teksi, malangnya pemandu teksi pun tak tau tempat tu dia cuma tahu jalannya aje. Puas juga mencari akhirnya jumpa.
Sesampainya kami di pejabat tu kami terus berjumpa dengan pegawai yang berkenaan. Namanya Pn Asma Zakiah. Menurut beliau, tiada apa yang dapat diberikan olehnya di pejabat. Maklumat kami boleh dapati di Muzium orang asli di Gombak. Di pejabat kami diberi pula surat kebenaran untuk membuat kajian di Muzium orang asli, perpustakaan orang asli dan di Pulau Carey. Oleh kerana hari masih awal, kamipun bercadang untuk ke Muzium ora
ng asli, tapi malang lagi nasib kami sebab pada hari Jumaat tu kebetulan Muzium orang asli tutup. Aduh, lebai malang! Kebetulan pula bulan puasa maka bertambahlah lagi penatnya kami. Kami pun pulang kehampaan. Tapi kami tak berputus asa juga. Kami berbincang lagi tarikh untuk ke Muzium Orang Asli pulak. Masing-masing tak berapa tahu jalan ke sana, dan tempatnya pula boleh tahan jauh juga tu, maka kami mengambil keputusan untuk ke sana dengan keluarga masing-masing.
Tiba hari yang dijanjikan iaitu pada 4 September 2009, awal-awal pagi lagi kami pun berangkatlah dengan keluarga masing-masing ke sana berpandukan 'sign board' yang ada di tepi jalan. Akhirnya kami pun sampai pada masa yang dijanjikan. Kami pun mula menjalankan kajian kami, mengambil gambar dalam
muzium tu padahal dilarang mengambil gambar. Pengawal muzium tu datang pada kami meminta surat kebenaran... Barulah kami terkial-kial, nasib baik surat yang diberi oleh pejabat JHEOA kami ada bawa cuma tertinggal dalam kereta je. Bergegas kawan kami si Zuraini ke kereta mengambil surat tu. Alhamdulillah, kami dibenarkan mengambil gambar maklumat yang di perlukan setelah pengawal melihat surat kebenaran tu. Setelah selesai tugasan kat muzium tu kami pun cuba pulak nak ke Perpustakaan Orang Asli yang terletak berhadapan dengan bangunan muzium tu. Tapi malang lagi bagi kami kerana muzium yang sepatutnya dibuka pada hari itu, ditutup kerana pegawai yang bertugas bercuti. Pulak dah! Jadi maklumat yang kami dapat di muzium terhad. Setelah berbincang dengan kawan-kawan kami pun membuat keputusan untuk pulang, cukuplah apa yang kami dapat kami akan cuba sama-sama menyiapkan tugasan kami. Atas kerjasama yang padu dari kumpulan kami, akhirnya tugasan kami pun siap walaupun tidaklah sem
purna sangat tapi kami berpuas hati kerana usaha titik peluh kami sendiri.

Terima kasih kawan-kawan sekumpulan ( Nafisah, Nurliza, Suhaini dan Zuraini )kerana masing-masing berkorban dan bekerja keras untuk sama-sama menyiapkan
tugasan kita, Syabas!

Wednesday, August 26, 2009

Hari Keluarga Siri Akhir

Sambungan dari siri 2.
Semasa 'dinner' malam tu macam biasalah ada ucapan daripada pembesar-pembesar NAZA TTDI semua kemudian acara penyampaian sijil wang hadiah kepada anak-anak pekerja yang cemerlang dalam UPSR, PMR dan SPM. Yang menerima sijil pada malam tu termasuklah anakanda saya yang perempuan kerana mendapat 8A dalam PMR (sekarang kat MRSM Bentong) Oleh kerana yang pergi ke Bandung tu adiknya, maka yang menjadi wakil menerima sijil ialah ayahnya. Selepas semua acara tu selesai, maka bermulalah acara hiburan. Yang menjadi jemputan pada malam tu tentulah artis dari Indon, apalagi.... dangdutlah. Lebih kurang pukul 11.00 malam acara pun tamat. Semua tetamu bersurai... ke bilik dan tidurrr...

Pagi besoknya(Ahad 8 Mac) seperti biasa selepas solat subuh, bersiap-siap ke tingkat bawah sarapan pagi. Selepas sarapan kami ke lobi menunggu bas yang akan membawa rombongan kami meneruskan acara lawatan yang belum selesai. Lebih kurang jam 9.00 pagi bas pun tiba. Sebelum rombongan kami menaiki bas masing-masing yang berjumlah 6 buah tu, kami semua diminta untuk bergambar beramai-ramai di depan hotel bersama-sama dengan pembesar-pembesar NAZA TTDI kemudian barulah naik bas dan bertolak ke destinasi lawatan seterusnya.
Tempat tujuan kami seterusnya ialah 'Gunung Tangkuban Perahu' iaitu kawah gunung berapi yang masih berasap. Perjalanan ke sana terpaksa mendaki gunung yang agak tinggi jugalah bengkang bengkok macam naik Cameran Hihgland. Sepanjang perjalanan ke gunung tu terasa cuaca amat sejuk dan kami dapat melihat ada kebun-kebun strawbery, dan juga rasbery merah. Terdapat juga gerai-gerai menjual buah avakado dengan banyaknya kerana di Bandung ada ladangnya. Sampainya kami di sebuah perhentian bas, kami di suruh turun untuk menaiki kenderaan lain ke atas puncak gunung. Kenderaan ke puncak gunung tu seperti jeep yang hanya boleh memuatkan seramai enam orang. Setibanya kami ke puncak gunung tu hujan mula turun rintik-rintik dan kemudian bertambah agak lebat lah juga. Kami mula mencari tempat berlindung tapi takdak, kemudian kami tengok ada khidmat sewa payung kat puncak gunung tu, apalagi kami pun takdak jalan lain terpaksa juga menyewa payung dengan harga 10 ribu rupiah satu payung (lebihkurang 3 ringgitlah)

Di puncak gunung tu ada kawah gunung berapi yang amat luas, masih mengeluarkan asapnya. Kami dilarang untuk turun ke bawah kerana kata pemandu pelancung kami, asapnya mengandungi racun yang tidak berbau, tiba-tiba je dah pengsan dan kalau nasib tak baik boleh meninggal!. Bau belerang yang amat kuat menusuk hidung. Setelah selesai mengambil gambar kawah dan bergambar serba sedikit kami pun turun ke tempat bas tadi. Di situ ada ramai penjual yang menjual berbagai benda seperti baju T, pemegang kunci, gelang batu gunung, buah strawbery, rasberi dan bermacam-macam lagi lah. Yang menariknya, buah strawbery dan rasberi kat situ punyalah manisnya macam letak gula, besar-besar pulak tu. Tapi sayang tak boleh bawa balik, nanti kena cek yang bukan-bukan baik jangan cari pasal. Makan je lah kat situ.

Selesai lawatan kami meneruskan destinasi yang kedua iaitu kawasan air panas,kemudian waktu makan tengahari pun tiba. Hujan turun dengan lebatnya mengiringi rombongan kami menuju ke sebuah lagi restoran untuk makan tengahari. Kami dijemput dengan payung oleh pelayan-pelayan restoran itu seorang demi seorang kerana hujan sangat lebat. Selesai makan dan solat jamak lebih kurang jam 3 petang kami terpaksa bertolak ke lapangan terbang untuk berangkat pulang. kebetulan hujan masih lagi lebat, maka jalan pun jem lah macam kat KL juga.
Bimbangnya hati takut tertinggal kapal terbang, tapi nasib masih menyebelahi kami. Kami selamat menaiki kapal terbang dan selamat tiba ke tanah air seperti yang dijadualkan. Tamat..








Sedang berbaris untuk kembali ke tanah air. Bye!

Hari Keluarga Siri Ke-2



Sambungan dari siri pertama dulu. Selepas makan malam kami dibawa ke hotel penginapan untuk check-in. Sesampai di hotel hari sudah malam. Kami membersihkan diri dan menunaikan solat jamak qasar, maklum perjalaman jauh. Acara pada waktu malam bebas, jadi kami hanya melihat-lihat sekitar hotel dan merakamkan gambar. Selebihnya kami melepak kat bilik menonton tv saluran Indonesia. Anak saya asyik tengok kartun je. Kartun Sin Chan kegemaran anak pun ada juga tapi alihbahasa Indonesia. He he he kelakar katanya Dia ketawa gelihati maklum kat Malaysia alih bahasa Melayu. Menjelang tengah malam kami pun terlentok keletihan. Sedar-sedar dah subuh. Subuh kat Indon ni awal masuknya. Awal satu jam dari Malaysia. 4.50 waktu Indon dah subuh. Sebenarnya kat Bandung ni sejuk tempatnya, cuma kurang sikit sejuk dari Cameran Highland, jadi untuk mandi pagi tu sejuk le, tapi takpe sebab kat hotel kan ada pemanas air, taklah macam kat rumah kita tu sentiasa panas tak kira malam ke, pagi ke. Selesai subuh dan bersiap-siap kami ke bawah untuk sarapan. Di situ kami dapati dah ramai ahli rombongan kami sedang menikmati sarapan masing-masing.

Selesai sarapan kami ke lobi hotel sambil menunggu bas rombongan yang akan membawa kami untuk membeli-belah. Bergambar lagi dengan pelayan hotel pun jadi. Sambil tu ada juga 'ulat-ulat' yang menjual barang-barang seperti pemegang kunci, kain batik, telekong, baju T dan lain-lain yang boleh di jinjing berkeliaran kat luar kawasan hotel. Pantang dilayan sorang, yang datang berduyun-duyun serbu minta kita beli barangan dia orang. Kami jadi takut lalu lari ke hotel. sebab kawasan hotel mereka tak berani masuk agaknya dah dilarang gamaknya. Huuhh selamat!. Bas pun tiba untuk membawa kami ke 'Pasar Baru' sebuah kompleks membeli-belah yang keadaannya lebih kurang Pasar Payang kat Terengganu, Pekan Rabu kat Kedah tu tapi ini lebih besar lagi iaitu ada enam tingkat yang menjual bermacam-macam benda. Semuanya ada kat situ. Tempat yang mula-mula kami tuju ialah tempat yang menjual telekong, apa lagi borong sakanlah kalau boleh kat semua adik-beradik dan saudara-mara kami nak hadiahkan sorang satu sebab murahnya!. Sampaikan beg yang kami bawa terpaksa di tambah satu lagi, agak besar jugalah untuk isi telekong je. Lepas tu beli baju, jubah dan lain-lain.

Lepas membeli-belah kami di bawa untuk makan tengahari, kata pemandu pelancong kami,"Makan siang". Restoran masakan Padang, boleh tahan la. Lepas makan kami di bawa untuk membeli-belah lagi... aduh.. penatnya,,. tenatnya 'poket'. Tapi takpe sebelum ke Bandung kami dah tukar duit Indon, juta-juta jugalah tiap orang bawa, bukan juta ringgit,.. juta rupiah!. Selesai membeli-belah, hari pun dah petang. Bertolak balik ke hotel. Aduh!... penatnya. Lepas ni kena bersiap-siap untuk 'dinner' dengan semua rombongan syarikat, pengarah, ceo serta semua orang-orang besar syarikat ada kat majlis tu.

Ini adalah gambar En.SM Faliq (yang pegang pisau nak potong kek sebelah mak dia) anak kepada Allahyarham Tan Sri SM Nasimudin (NAZA TTDI) bersama dengan adik serta emaknya iaitu Puan Sri Zaleha bt Ismail semasa dinner, sedang memotong kek ulang tahun syarikat NAZA TTDI, beserta pengarah-pengarah yang lain.

Hari Keluarga




Hari keluarga

Pada 6hb Mac 2009 yang baru berlalu ,syarikat tempat suami saya bekerja telah menganjurkan hari keluaraga syarikat. Destinasi yang dipilih ialah luar negara. Tak la jauh sangat, Cuma Bandung, Indonesia je. Dengar macam seronok je. Memanglah seronok sebab semua perbelanjaan ke sana ditanggung oleh pihak syarikat, dari tiket kapalterbang untuk tiga orang, hotel penginapan, kenderaan lawatan tempat menarik, makan minum semuanya beres. Tapi membeli-belah tu poket sendirilah.

Perjalanan bermula tengahari Jumaat 6Mac, kami bertolak dengan kereta ke Shah Alam (ibu pejabat NAZA TTDI ) Pengurusan perjalanan kami diuruskan dalam tiga peringkat penerbangan. Kumpulan pertama dua buah bas berlepas pada pagi Jumaat selepas subuh. Kumpulan kedua iaitu kumpulan kami dua buah bas juga pada petang Jumaat. Dan kumpulan ketiga juga dua buah bas ialah pada 7Mac Sabtu pagi. Sesampainya kami di Shah Alam, kami menaiki bas ke KLIA-LCCT. (naik Air Asia, tambang murah kan!) Dari sana kami mula memasuki terminal dan bermulalah bermacam-macam proses seperti biasalah, dari kastamnya bagasi dan lain-lain lagi. Akhirnya seperti yang dijadualkan kamipun mulalah menaiki pesawat dan akhirnya pesawat kami pun terbang.

Subhanallah!. Cantiknya pemandangan dari atas kapalterbang. Emm... janganlah senyum-senyum sumbing. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama saya naik kapalterbang. Ini adalah kali keempat. Kali pertama semasa saya membayar nazar iaitu ketika mendapat anak perempuan. Maklumlah anak pertama lelaki, kedua pun lelaki juga, maka nak la sangat anak perempuan dan mulalah berniat jika dapat anak perempuan yang ketiga ni nak bawa balik kampung dengan kapalterbang. Akhirnya dapatlah anak perempuan dan bayarlah nazar kononnya. Pada masa tu mana ada Air Asia lagi yang ada hanya MAS, jadi naiklah kapalterbang kali pertama balik kampung bawa bayi yang berumur satu minggu tu. Tak la jauh manapun, Kedah je Cuma 45 minit penerbangan. Jadilah. Itu cerita 16 tahun yang lalu. Kali keduanya ialah pada tahun 2002 semasa syarikat tempat suami kerja anjurkan hari keluarga juga tapi tu kat Langkawi je. Kali ni semua anak beranak ikut serta. Kali ketiganya ialah semasa syarikat suami anjurkan ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu, Sabah. Suami mendaki gunung kami kaum perempuan kat hotel je, sebab mereka mula mendaki tengah malam. Kali keempatnya ini ke Bandung.

Pemandangan dari atas kapalterbang memang menakjubkan, melihat awan-gemawan yang memutih. (Gamaknya inilah yang mendatangkan ilham kepada penyair seperti Dr Syamsina,UPM menghasilkan sajak ”Belantara Awan yang memutih”) Kurang lebih dua jam dalam penerbangan akhirnya kami pun menjejakkan kaki di lapangan terbang Bandung. Ah! Lupa pula nama lapangan terbangnya. Sesampainya kami di sana, kami dibawa dengan bas yang sedia menunggu kami ke sebuah restoran lima bintang untuk makan malam kira-kiranya jam 6 sore (Oop! Tersasul bahasa Indon la pulak, maaf) Makan masakan padang, boleh tahan juga lebih kurang masakan Malaysia juga. Selepas makan malam kami dibawa ke hotel penginapan (Grand Preanger ) ’check-in’. Acara waktu malam bebas.

Cukuplah dulu kut, tunggulah sambungannya lain kali. Sebelum tu boleh juga tengok gambar ya.